SELAMAT DATANG KE PEN-DORA

Hi saya Dora.
Minat dalam bidang penulisan dari kecil lagi dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa -Kewartawanan dari UiTM Shah Alam. Suka melahirkan perasaan gembira, duka, sedih melalui penulisan berbanding dengan perkataan. Blog ini adalah pengalaman sendiri dan juga keluarga , khas untuk suami tersayang dan anak-anak, Bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan semua sanak saudara.

Monday 28 December 2009

Family Day Pertama 25-27 Dec 2009, Sg Dara, Tanjung Malim
















































































Keluarga adalah satu institusi pertalian darah atau saudara yang besar dalam masyarakat atau institusi kemanusiaan. Hubungan kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan seharian. Talian yang tidak boleh diputuskan walau dengan apa cara sekalipun.

Justeru itu satu family Day (hari keluarga) telah diadakan anjuran aku dan adik beradik ku yang lain. Akak, Ngah, Julie dan adik bongsuku Amirul. Sokongan yang kuat dari bonda tercinta Hjh Hamidah Hassan yang merupakan sponsor terbesar family day. Selama 38 tahun aku hidup ini merupakan Family Day yang pertama. Alhamdulillah berkat kerjasama dari semua pihak, boleh dikatakan Family Day yang pertama ini berjaya dengan megah dah kagumnya. Namun begitu tidak aku nafikan bahawa masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Terima kasih semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, yang menyumbangkan idea, mengkritik (wajib bagi ahli keluarga aku) dan juga menyumbangkan kudrat sehingga selesai family day ini.

Keluarga besarku berasal dari Selatan tanah air, bila aku kata dari sebelah Selatan semua dah sedia maklum bahasa yang digunakan setiap hari untuk perbualan, bergurau dan sebagainya agak kasar dan kadang-kadang sukar diterima oleh orang luar terutamanya orang Pantai Timur dan sedikit sebelah Utara. Ini adalah satu ‘stepping stone’ untuk merapatkan dan juga membiasakan diri dengan perbezaan-perbezaan yang berkemungkinan membawa kepada pepecahan dan juga ketidak sefahaman.

Dari sini juga dapat aku perhatikan bahawa keseronokan anak-anak berkumpul tidak mengira pangkat pakcik,makcik, sepupu, ipar, mak mentua, cucu, nenek dan sebagainya. Keseronokan jelas terbayang diwajah anak-anak yang meningkat remaja dan juga kanak-kanak riang yang lain. Kebanyakan sepupu-sepupu aku sebaya atau muda dari anak-anak aku dan juga anak-anak saudara aku. Jadi mereka boleh dikatakan seangkatan dan juga sealiran, senada dan juga seirama dalam apa juga aktiviti atau minat.

Keseronokan juga terpancar diwajah ibu, bapa, nenek, makcik, pakcik, abang dan kakak. Masa itulah kedengaran hilai ketawa mereka, tanpa ada rasa segan dan silu ketawa yang keluar bukan satu paksaan malah ianya spontan.

Aku sendiri, merasakan keseronokan dan kepuasan itu. Tiada kata yang boleh digambarkan keseronokan dan kepuasan yang kami kecapi selama bersama-sama 3 hari 2 malam di Sungai Dara, Tanjung Malim. Semuga Allah SWT panjangkan umur kami semua untuk terus merancang Family Day ke 2 tahun hadapan. Dengan Berkat Nabi Muhammad SAW, insyallah hubungan kekeluargaan ini akan terus kukuh dan akan diwarisi oleh anak-anak kami nanti.

Terima kasih tidak terhingga kepada Mak Long dan anak-anak Apizah dan Fairuz, Auntie Sari, Auntie Jamilah, Makcik Melah dan anak Daniel. Mereka ini merupakan orang kuat didapur, memang kuat serba serbi, suara pun tidak perlu speaker lagi. Team Baju Jingga.

Juga untuk Uncle Roslan @ Mejar Roslan dan isteri makcik Hawa, anak-anaknya Apis, Azrul, Puteri, Hambali, Aiman dan Anip. Keluarga dia juga merupakan johan permainan bola menggunakan tangan bukan kaki untuk tahun ini. (tunggu next year orang lain pulak ya ). Team baju Hitam (gagak Hitam).

Juga untuk Akak @ Kak Long dan suami Zaki, juga anak-anak Shafiq, Adin, Aishah, Aqilah dan Fateha. (CTZ tidak dapat bersama-sama sebab kena kerja maklumlah budak kena buat practical ni mana boleh cuti). Merupakan team naib johan untuk permainan keluarga bola tangan. Abang Long melompat tuh..itu yang wa cay..sket tuh hebat juga orang veteran ni. Team baju Biru.

Juga untuk Ngah dan suami Mustapa, anak-anak Jeera, Ana, Ikam dan juga Ikwan. Kumpulan rendang dari Melaka, so jangan harap boleh menang bola tangan mungkin next year agaknya. Team Baju Kuning.

Team Baju Merah diwakili oleh keluarga Julie dan suami Pezal, anak-anak Daya dan Qasah juga ada tambahan Bondaku dan juga Amirul. Ini disebabkan keluarga dia yang belum menambahkan ahli keluarga jadi kena import dua pemain yang single mingle ni. Boleh tahan juga main bola, walaupun kurang inci, sebab ada pemain import tinggi lampai..kira ok la.

Dan yang terakhir keluarga Dora dan suami Jay, anak-anak Odie, Odan, Odin, Dina dan Ajik. Keluarga ni macam tidak percaya kalah pada pusingan pertama, dijangkakan antara pasukan yang layak ke akhir bersama gagak hitam. Mungkin disebabkan over confident dan juga ada miscommunication masa main hari tu jadi dia kalah pada pusingan awal. Amaran ya, keluarga ini akan bangkit menebus kekalahan tahun depan. Team Baju putih.

Kumpulan sukaneka kanak-kanak meningkat remaja dan kanak-kanak riang dari umur 2 hingga 15 tahun. Kumpulan ini terbahagi kepada 3 kumpulan kecil iaitu kumpulan Badak Perkasa, Aisyah 50sen dan juga Kucing Belang. Kumpulan Badak Perkasa merupakan juara keseluruhan bagi sukaneka tersebut, boleh tahan juga mereka ini walaupun ada ahli yang berumur 2 tahun, masih boleh cari gula dalam tepung.

Naib juara ialah kumpulan Aisyah 50 sen dan yang ketiga kumpulan Kucing Belang. Dari maklumat yang aku dapat Kucing Belang ni jadi kucing sakit selepas selesai sukaneka, tiada taring langsung. Harap-harap tahun depan mereka akan lebih sihat dan mungkin akan tukar nama kumpulan kepada nama yang lebih mesra alam dan Nampak gagah.

Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap anggota keluarga yang terlibat. Tanpa anda semua Family Day ini tidak akan berjaya. InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan see ya.

~Jika anda menghormati insan lain sebagai manusia dan menunaikan hak mereka untuk dilayan dengan baik dan jujur, ianya akan menjadi lebih mudah untuk hidup bersama-sama diatas muka bumi Allah ini~


Wassalam
Dora.