SELAMAT DATANG KE PEN-DORA

Hi saya Dora.
Minat dalam bidang penulisan dari kecil lagi dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa -Kewartawanan dari UiTM Shah Alam. Suka melahirkan perasaan gembira, duka, sedih melalui penulisan berbanding dengan perkataan. Blog ini adalah pengalaman sendiri dan juga keluarga , khas untuk suami tersayang dan anak-anak, Bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan semua sanak saudara.

Wednesday 14 April 2010

ADAB ETIKA KESOPANAN

Sebagai hamba Allah, insan yang lemah kita hanya bergantung harap kepada ALLAH SWT dan sunnah Rasulullah SAW bagi memastikan kita kembali dalam keadaan suci bersih mengadap ALLAH SWT Tuan kita Tuhan kita. Terdapat berbagai perkara yang kita perlu lakukan demi mencapai tahap 'hamba Allah" yang sebenarnya dan bukan hamba kepada apa yang dicipta ALLAH SWT. Disini disertakan Firman ALLAH SWT dan Al - Hadith berkenaan Adab atau Etika kita sebagai makhluk ciptaan ALLAH SWT untuk renungan dan diamalkan bersama-sama.

  • Firman ALLAH SWT Surah At-Tahrim:6- "hai orang-orang yang beriman, lindungilah diri mu dan keluarga mu dari api neraka". Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa didiklah dan ajarlah mereka yang dibawah tanggungjawab kita kerana dengan demikian kita telah melindungi mereka dari api neraka.


  • Sabda Nabi SAW - riwayat Tarmizi, al- Hakim dari Amr bin Sa'id bin Ash, dan ath-Thabrani dari ibnu Umar "Tidak ada pemberian orang tua kepada anaknya yang lebih utama dari adab kesopanan"

 Marilah kita sama-sama renung amal dan fikir pada diri sebagai orang tua dan diri sebagai anak.

ISLAM itu penuh dengan Kasih-Sayang

Wassallam.