SELAMAT DATANG KE PEN-DORA

Hi saya Dora.
Minat dalam bidang penulisan dari kecil lagi dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa -Kewartawanan dari UiTM Shah Alam. Suka melahirkan perasaan gembira, duka, sedih melalui penulisan berbanding dengan perkataan. Blog ini adalah pengalaman sendiri dan juga keluarga , khas untuk suami tersayang dan anak-anak, Bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan semua sanak saudara.

Sunday 1 November 2009

Menulis dan Membaca Cambahan Ilmu

Tulisan, alat untuk pelbagai tujuan demi mencapai matlamat. Ia tidak mengira masa dan situasi.Ia merupakan alat penyebaran ilmu dan pengetahuan yang paling berkesan. dikala di pejabat,laporan ditulis,di kala sunyi coretan ditulis, di kala perang propaganda ditulis. Tidak perlu ada tulisan yang baik atau tidak baik,bagus atau tidak bagus, paling penting melahirkan pengetahuan dari pengalaman yang dilalui samada sedetik pengalaman atau sezaman pengalaman,nescaya ia sangat berguna kepada manusia sejagat.

Oleh itu seruan dilaungkan supaya pengalaman semua dapat dikongsi di dalam blog ini. Pengalaman perlu diceritakan agar generasi mengambil iktibar dan pengajaran dan membantu dalam kehidupan yang sementara ini.

No comments:

Post a Comment