SELAMAT DATANG KE PEN-DORA

Hi saya Dora.
Minat dalam bidang penulisan dari kecil lagi dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa -Kewartawanan dari UiTM Shah Alam. Suka melahirkan perasaan gembira, duka, sedih melalui penulisan berbanding dengan perkataan. Blog ini adalah pengalaman sendiri dan juga keluarga , khas untuk suami tersayang dan anak-anak, Bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan semua sanak saudara.

Saturday 20 March 2010

Kenduri Kesyukuran Julie pada 14 March 2010

Alhamdulillah selamat sudah Majlis Kenduri Kesyukuran Juliyana pada 14 March 2010 yang lalu. Hanya masa untuk meng'update' cerita sahaja yang lambat untuk di'share' bersama semua ahli keluarga.

Majlis berjalan dengan lancar pada awalnya. Kehadiran orang-orang Johor seperti biasa Auntie Sari dan kali ini ditemani oleh Aunti Fauziah. Yang lain tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Doa kami sentiasa bersama mereka.

Majlis bertukar menjadi kelam kabut kerana tetamu yang datang tidak putus-putus, seperti biasa Juli bila di tanya berapa ramai kawan-kawan yang dijemput, jawapan standard "tak ramai sikit je". Hmm dia punya sikit membuatkan ramai orang dapur pecah kepala sebab  nasi beriyani sudah kehabisan. Namun orang dapur semua cekap juga, sebab pemantauan yang teliti menyebabkan mereka semua dapat rasa nasi beriyani....kira agak-agak dah masuk tahap kritikal seorang demi seorang keluar dengan pinggan sebab takut tak dapat rasa...lebih-lebih lagi kena dengan air tangan bonda tersayang...perkhhh meletop.

Pening kepala Julie sebab kena serbu dengan orang dapur kerana hendakkan kepastian tetamu yang seperti tidak ada kesudahan. Tapi yang paling terujanya Uncle Roslan pun kena turun kedapur menghulurkan bantuan kerana keadaan cemas yang dihadapi oleh orang dapur. Bagus juga jadi pengajaran kepada warga dapur dan juga Julie supaya lebih berhati-hati dengan angaran dan budget makanan supaya tidak memalukan diri.

Nasib baik juga banyak menu yang dapat cover kehabisan nasi beriyani. Diantara Menu yang ada nasi beriyani, nasi putih, ayam masak merah, daging masak kurma, kambing masak kari, acar timun dan nenas, soto, laksa, buah-buahan, kek dan yang paling meriah sate kajang dan pulut kuning (ini menu untuk malam).

Pada malam hari, adalah acara untuk keluarga untuk bacaan yassin dan doa selamat sempena menyambut Maulidur Rasul dan juga meraikan harijadi mereka yang jatuh pada bulan March iaitu Dora (aku lah), Intan, Odie, Ikwan, watie (bibik) dan juga tidak lupa untuk Aswad ( dia tak datang pulak). Namun begitu kita hanya merancang dan Allah yang menentukan, acara selawat keatas nabi dan juga bacaan doa sahaja yang dapat dilakukan, kerana masih ada tetamu yang baru sampai pada malam itu. Tetamu istimewa, teman rapat dan mesra bonda, Auntie Subu dan suami.

Majlis selesai dengan perasaan lega kerana tidak berlaku perkara yang menakutkan iaitu kehabisan makanan bila tetamu tidak putus-putus datang. Semua makanan habis tanpa terbuang begitu saja. Sate pun habis kena belasah dengan kaum keluarga yang kepenatan disiang hari. Kira berbaloi kerja-kerja mereka yang tidak kering kuku pada siang hari.

Bagi pihak Juli dan suami, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang bukan sahaja hadir untuk memeriahkan majlis malah hadir untuk bersama-sama bergotong royong menjayakan majlis mereka. Terima kasih untuk Kak Long dan anak-anak Aishah, Aqila dan Fatiha, Ngah dan keluarga,Auntie Sari dan Auntie Pozi, Uncle Roslan dan keluarga dan juga Auntie Jam seperti biasa orang kuat bonda dan juga Makcik Melah.

Kepada mereka yang tidak dapat hadir, satu lagi majlis kenduri kesyukuran akan diadakan di Kuantan Pahang yang dijangka akan diadakan pada cuti sekolah bulan June ini.










So stay tuned...

Wassalam
Dora

No comments:

Post a Comment