SELAMAT DATANG KE PEN-DORA

Hi saya Dora.
Minat dalam bidang penulisan dari kecil lagi dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa -Kewartawanan dari UiTM Shah Alam. Suka melahirkan perasaan gembira, duka, sedih melalui penulisan berbanding dengan perkataan. Blog ini adalah pengalaman sendiri dan juga keluarga , khas untuk suami tersayang dan anak-anak, Bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan semua sanak saudara.

Friday 19 February 2010

Majlis Kenduri Kesyukuran Hjh Hamidah Hj Hassan - pada 13 Feb 2010

Pada hari Sabtu bersamaan 13 feb 2010, Hjh Hamidah telah mengadakan majlis doa kesyukuran sempena masuk rumah baru (house warming) dan juga tahlil arwah di rumah baru beliau di Telipot, Bukit Sentosa, Rawang.




Majlis yang bermula pada jam 11 pagi untuk kaum ibu/wanita dan selepas zohor untuk kaum bapa. Seperti biasa menu tetap kenduri Hjh Hamidah, nasi beriyani, ayam masak merah, daging masak kurma, acar, dalca, kek pisang, buah-buahan, air sirap…perkhh sedap tuh. Cuaca yang panas tidak menghalang perjalanan majlis.


Disebabkan majlis Hjh bertindih dengan cuti menyambut Raya China yang panjang, ramai diantara tetamu-tetamu kehormat yang lambat sampai kerana kesesakan jalanraya seperti yang diduga…nasiblahh..



Kehadiran penduduk setempat yang ramai telah memeriahkan majlis ini. Menurut Hjh hanya beberapa orang sahaja jemputannya. Namun kenyataan beliau tidak boleh digunapakai, dimana seperti biasa tetamunya akan memenuhkan sebuah rumah. Sehubung dengan itu Hjh terpaksa memasak nasi untuk kali kedua (penat sik!!!!)


Namun, Alhamdulillah seperti biasa tetamu akan tanya siapa tukang masak..maklumlah sudah terbukti kehebatan Hjh dalam bidang masak-memasak..siapa diantara anak-anak beliau yang akan menjadi pelapis nanti…kita tunggu dan lihat sajalah..



Kehadiran Aunty Sari sebagai wakil orang Johor amat dihargai kerana orang-orang Johor yang lain tidak dapat turut serta disebabkan masalah-masalah teknikal/peribadi yang tidak dapat dielakkan. Ketiadaan Kak Long dan anak-anak atau cucu-cucu Hjh amat dirasai juga, harapan semuga Kak Long dan cucu-cucu Hjh dapat meluangkan masa untuk menziarahi Hjh, yang nampaknya semakin merindui anak sulong dan cucu-cucu nya. (wahai cucu tepon2 lah mak tok tuh haaa!!!! Apa dah lupa kamu ada mak tok ke!!! ehelehh)..


Pada waktu malam pula, ada acara potong kek sempena Hari Ulang tahun perkahwinan Juli dan Faizal yang ke 8, acara suap-suap makan kek pun ada. Bacaan doa seperti biasa oleh Jay (the great) untuk mendapat keberkataan dan supaya jodoh berpanjangan hendaknya. Amin.


Next function dijangkakan akan diadakan di Hulu Langat Selangor, house warming juga. Harap-harap tuan rumah boleh share bila hendak buat majlis supaya kaum keluarga lain dapat meluangkan masa juga kelapangan. Juga majlis dijangkakan akan diadakan di Kuantan Pahang, juga mengharapkan tuan tanah dapat kongsi tarikh yang sesuai untuk diwawarkan kepada keluarga yang lain.




Sekian wassalam

Dora

4 comments:

  1. ok lah tu..wakil dari selatan..sorang tapi size dia wakil 3-4 org ok!

    -apit-

    ReplyDelete
  2. bkn tana dtg.
    tp, ta dpt dtg.
    bkn tana cl.
    tp ta jmpe lg timing yg sesuai utk cl mak.
    bkn lpe.
    tp ta tecakap pn yg ktorg sme rindu sgt3 na balek sne.
    sory ritu ta dpt pegi knduri.
    nanty ktorg akn balek sne jgk..
    :(

    _ctz_

    ReplyDelete
  3. tao. nanty org ckp,
    na seribu daya,
    tana seribu dalih.
    tp, mmg btl timing yg bagus ta dpt na cari lg..

    _ctz_

    ReplyDelete
  4. hahah pandai org Selatan htr wakil ya...sorang mewakili 3-4 org..

    ReplyDelete