SELAMAT DATANG KE PEN-DORA

Hi saya Dora.
Minat dalam bidang penulisan dari kecil lagi dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa -Kewartawanan dari UiTM Shah Alam. Suka melahirkan perasaan gembira, duka, sedih melalui penulisan berbanding dengan perkataan. Blog ini adalah pengalaman sendiri dan juga keluarga , khas untuk suami tersayang dan anak-anak, Bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan semua sanak saudara.

Wednesday 20 January 2010

KEJAYAAN CEMERLANG UNTUK UPSR DAN PMR 2009

Sepanjang tahun 2009 terdapat beberapa orang calon UPSR ,PMR dan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa). Berikut adalah senarai  anak-anak yang mendapat 5A dan ke atas sepanjang tahun lalu.

1. Aqila 5A (UPSR)

2. Aisyah 8A (PMR)

3. Puteri 6A 2B (PMR)

4. Anah 7A 1B (UPKK)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak. Di harap anak-anak lain dapat menjadikan mereka ini sebagai contoh dan ikutan untuk maju dalam pelajaran. InsyaAllah.

Kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaaan pada tahun 2010 ini, diharap akan terus berusaha untuk memperolehi kejayaan. Doa kami sebagai ibu-bapa sentiasa bersama anak-anak untuk mempastikan mereka berjaya didunia dan juga diakhirat. InsyaAllah.

Kepada anak-anak yang kurang cemerlang pada tahun 2009, masih ada masa lagi untuk memantapkan diri untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Yang penting jangan cepat berputus asa, tingkatkan usaha, semangat yang tinggi dan sentiasa hormat dan berkhidmat kepada ibu&ayah masing-masing dan orang tua. Nescaya diberkati ALLAH SWT dan pastinya kejayaan dunia dan akhirat akan datang.

Wassalam
Dora

Saturday 16 January 2010

PENGHIJRAHAN

Pada tanggal 1 Jan 2010- bermulanya sejarah baru dalam keluarga. Bonda dengan sahnya telah berpindah ke Bukit Sentosa Rawang. Rumah yang telah lama terbina, runtuh dan terbina semula setelah 10 tahun ditinggalkan. Segala teka-teki selama ini telah terbukti sah dan sahihnya. Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma kami masih merasa kesedihan terpaksa meninggalkan rumah yang hampir 36 tahun diduduki. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya.


Aku masih ingat saat-saat berpindah ke Ampang pada tahun 1975. Dari rumah setinggan di Kampung Berembang, bonda dengan gigihnya mengumpul wang dari hasil bekerja sebagai guru tuition, meniaga jual pinggan mangkuk, kuih dan berbagai-bagai lagi. Akhirnya kami dapat duduk dirumah tanah Lot. Rumah yang dari tahun ke tahun berubah-ubah bentuknya sehingga menjadi rumah yang besar seperti ala-ala banglo. Dari kesempitan kami merasa keselesaan berkat usaha bonda selama berpuluh tahun untuk mengubah nasib keluarga. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kepayahan bonda dan abah membesarkan kami semua.

Banyak sejarah yang kami tempuh selama hidup dan membesar didalam rumah kesayangan kami sekeluarga. Bermula dari Kak Long, selepas mendirikan rumahtangga terus berhijrah sudah kurang seorang. Amirul pula yang mengantikan tempat Kak Long, Alhamdulillah bonda dapat seorang anak lelaki yang dinanti-nantikan. Semua orang excited dan berebut-rebut hendak menjaga adik lelaki seorang tu.

Keadaan menjadi berubah bila abah pergi meninggalkan kami semua pada 17 June 1995. Kehilangan yang amat dirasai oleh setiap ahli keluarga. Kehilangan tanpa diduga, abah pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan atau tanda. Kini setelah 15 tahun abah pergi meninggalkan kami, namun kami masih merasakan kasih sayang seorang bapa yang amat menyayangi anak-anaknya tanpa sebarang prejudis. Seorang yang penyayang, setiap patah perkataan yang keluar dari dia beralun dan lembut didengar. Bila dilihat perwatakannya, sudah boleh dibaca yang dia tidak pernah memukul apatah lagi menjentik anak-anaknya. Semuga Roh Arwah Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.

Rumah menjadi lebih sunyi bila semua anak-anak bonda mendirikan rumahtangga dan berhijrah. Namun bonda masih lagi menjadi tempat rujukan dan juga tempat mengadu, malah tempat meminta pertolongan. Jasa mu bonda akan terus dikenang, kerana menjaga anak-anak kami semasa kami semua keluar bekerja. Rumah bonda seolah-olah taska atau nursery, riuh dengan suara anak-anak, suara bonda yang terjeri-jerit sungguh meriah. Namun kini tiada lagi, rumah menjadi sunyi sepi dan ada kalanya dapur pun tidak berasap lagi.

Kini rumah bukan sahaja menjadi sunyi malahan menjadi kosong macam padang futsal. Sunyi sepi, gelap gelita pada malam hari, sudah tidak berseri lagi. Kakak-kakakku dan juga adik-adikku terimalah kenyataan yang memeritkan ini. Kepada bonda, kami sentiasa akan berada dibelakang mu, menyokong setiap perjuangan mu dari dulu, kini dan selamanya.

Selamat tinggal Lot 283, Kampung Tasek Ampang 68000 Selangor (1975 – 2009 ) dan selamat datang No 5, Jalan Telipot 4/3, Bukit Sentosa (2010)

Monday 11 January 2010

Jan 11, 2010






Hari ini merupakan hari lahir suami tercinta Jay Hassan yang ke 43 tahun. Dalam ucapan sambutan hari lahir Jay melahirkan perasaan dan juga harapan kepada anak-anak bujang yang semakin meningkat dewasa.

Setiap insan yang bernafas di atas muka bumi ini akan menjadi matang dari masa ke semasa. Kematangan lahir dari pengalaman, perkongsian cerita, ilmu, kasih sayang, perubahan emosi, bentuk tubuh badan, rupa , rambut dan sebagainya. Setiap perubahan fizikal dan mental pada setiap manusia akan memberi impak yang tersendiri.

Dari adik menjadi abang atau kakak, seterusnya menjadi ayah dan ibu kemudian bila jadi ayah dan ibu dipanggil pulak pakcik dan makcik, seterusnya jadi datuk dan nenek, kalau usia panjang lagi jadi moyang yang kita takut bila jadi monyet…ha!ha!ha!...

Selamat Hari Lahir juga untuk Makcik Melah dan semuga dimurahkan rezeki dan semuga dipanjangkan umur, InsyaAllah…amin. Dia untung sebab setiap tahun satu dunia dapat cuti sempena hari Jadi dia.....

Sila lihat tarikh lahir yang perlu diingati disudut Birthday Family 2010. Ucapan dan ingatan adalah hadiah yang paling manis. Luangkan masa untuk mengirim sms sebagai penganti diri.

Wassalam

Dora