SELAMAT DATANG KE PEN-DORA

Hi saya Dora.
Minat dalam bidang penulisan dari kecil lagi dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa -Kewartawanan dari UiTM Shah Alam. Suka melahirkan perasaan gembira, duka, sedih melalui penulisan berbanding dengan perkataan. Blog ini adalah pengalaman sendiri dan juga keluarga , khas untuk suami tersayang dan anak-anak, Bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan semua sanak saudara.

Saturday 16 January 2010

PENGHIJRAHAN

Pada tanggal 1 Jan 2010- bermulanya sejarah baru dalam keluarga. Bonda dengan sahnya telah berpindah ke Bukit Sentosa Rawang. Rumah yang telah lama terbina, runtuh dan terbina semula setelah 10 tahun ditinggalkan. Segala teka-teki selama ini telah terbukti sah dan sahihnya. Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma kami masih merasa kesedihan terpaksa meninggalkan rumah yang hampir 36 tahun diduduki. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya.


Aku masih ingat saat-saat berpindah ke Ampang pada tahun 1975. Dari rumah setinggan di Kampung Berembang, bonda dengan gigihnya mengumpul wang dari hasil bekerja sebagai guru tuition, meniaga jual pinggan mangkuk, kuih dan berbagai-bagai lagi. Akhirnya kami dapat duduk dirumah tanah Lot. Rumah yang dari tahun ke tahun berubah-ubah bentuknya sehingga menjadi rumah yang besar seperti ala-ala banglo. Dari kesempitan kami merasa keselesaan berkat usaha bonda selama berpuluh tahun untuk mengubah nasib keluarga. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kepayahan bonda dan abah membesarkan kami semua.

Banyak sejarah yang kami tempuh selama hidup dan membesar didalam rumah kesayangan kami sekeluarga. Bermula dari Kak Long, selepas mendirikan rumahtangga terus berhijrah sudah kurang seorang. Amirul pula yang mengantikan tempat Kak Long, Alhamdulillah bonda dapat seorang anak lelaki yang dinanti-nantikan. Semua orang excited dan berebut-rebut hendak menjaga adik lelaki seorang tu.

Keadaan menjadi berubah bila abah pergi meninggalkan kami semua pada 17 June 1995. Kehilangan yang amat dirasai oleh setiap ahli keluarga. Kehilangan tanpa diduga, abah pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan atau tanda. Kini setelah 15 tahun abah pergi meninggalkan kami, namun kami masih merasakan kasih sayang seorang bapa yang amat menyayangi anak-anaknya tanpa sebarang prejudis. Seorang yang penyayang, setiap patah perkataan yang keluar dari dia beralun dan lembut didengar. Bila dilihat perwatakannya, sudah boleh dibaca yang dia tidak pernah memukul apatah lagi menjentik anak-anaknya. Semuga Roh Arwah Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.

Rumah menjadi lebih sunyi bila semua anak-anak bonda mendirikan rumahtangga dan berhijrah. Namun bonda masih lagi menjadi tempat rujukan dan juga tempat mengadu, malah tempat meminta pertolongan. Jasa mu bonda akan terus dikenang, kerana menjaga anak-anak kami semasa kami semua keluar bekerja. Rumah bonda seolah-olah taska atau nursery, riuh dengan suara anak-anak, suara bonda yang terjeri-jerit sungguh meriah. Namun kini tiada lagi, rumah menjadi sunyi sepi dan ada kalanya dapur pun tidak berasap lagi.

Kini rumah bukan sahaja menjadi sunyi malahan menjadi kosong macam padang futsal. Sunyi sepi, gelap gelita pada malam hari, sudah tidak berseri lagi. Kakak-kakakku dan juga adik-adikku terimalah kenyataan yang memeritkan ini. Kepada bonda, kami sentiasa akan berada dibelakang mu, menyokong setiap perjuangan mu dari dulu, kini dan selamanya.

Selamat tinggal Lot 283, Kampung Tasek Ampang 68000 Selangor (1975 – 2009 ) dan selamat datang No 5, Jalan Telipot 4/3, Bukit Sentosa (2010)

6 comments:

  1. ialah..rasa mcm lain dah...pasni kalau ke kl nak singgah tido umah sapa lak ek? ialah dah terbiasa kan asal ke ampang ajer mesti singgah umah mak ngah kan.. **apit

    ReplyDelete
  2. umah...Uda ngan Julie kan ada...umah Aunti Jam pun ada juga....no reason at all...hehehe

    ReplyDelete
  3. eH...EHH...NAPE muka adik ipar tu macam tekezut...macam org tak rajin amik gambar jer???

    ReplyDelete
  4. Walaupun Hjh Hamidah telah berpindah ke Bkt Sentosa namun dijangkakan beliau akan habiskan masa di sana dalam 20% sajer....Harap semua dapat menceriakan kediaman baru Hjh Hamidah :)

    ReplyDelete
  5. sedih nye..
    mmg ktorg sme membesa kt ruma tu..
    tape2. akak cdg lps da tlg ibu+ayah, akak na beli balek ruma keramat tu..
    hopefully, it'll come true..

    ~ctz~

    ReplyDelete
  6. So sweet CTZ....keep it up...dear

    ReplyDelete